• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Peratus Pekerja Di Pejabat, 10 Pagi Hingga 2 Petang

oleh
21/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi tugasan tertentu berada di pejabat selama empat jam sahaja bermula 10 pagi sehingga 2 petang untuk tiga hari seminggu.

Bidang tugas itu membabitkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan teknologi komunikasi maklumat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan itu, sebaliknya majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan dibenarkan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, majikan perlu menetapkan garis panduan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing.

“Berdasarkan sistem pangkalan data MITI Covid-19 Intelligent Management System (CIMS), jumlah pekerja berdaftar dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan di Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya seramai 3.1 juta orang. 

“Mengambil tanggungjawab bersama untuk melindungi kesihatan rakyat dan pekerja, MITI akan segera melaksanakan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pihak industri memperkenalkan dasar BDR atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik Covid-19 terutama di kawasan sedang menjalani PKPB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Sidang Khas MKN semalam membincangkan maklum balas dan situasi terkini pandemik Covid-19.

Sebagai langkah preemptive untuk membendung penularan wabak itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandangan terdapat keperluan mendesak untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh PKP iaitu dengan menghadekan pergerakan orang ramai terutama di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai jumlah penduduk padat dan antara hab perindustrian utama negara.

Mohamed Azmin berkata, maklum balas diterima daripada industri, seramai 776,135 pekerja atau 25 peratus adalah pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan dan kumpulan ini diwajibkan untuk BDR bermula 22 Oktober 2020 selaras dengan keputusan MKN.

“Sebagai kerajaan prihatin dan bertanggungjawab, keseimbangan di antara perlindungan kesihatan awam dan kelangsungan aktiviti ekonomi penting untuk dicapai,” katanya. – myMetro Online

Tags: bekerja dari rumahCovid-19MITI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd