• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UOB Kepong Ditutup Sementara, Kakitangan Positif COVID-19

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) telah menutup cawangan Kepong di Kuala Lumpur buat sementara waktu, termasuk akses ke mesin perkhidmatan perbankan layan diri berikutan pemberitahuan daripada pihak berkuasa kesihatan bahawa seorang kakitangan diuji positif COVID-19.

Cawangan akan ditutup sehingga 5 Oktober 2020 bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman dijalankan, dan akan dibuka apabila kami mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan.

Kakitangan tersebut, yang merupakan seorang pakar gadai janji yang berpangkalan di cawangan ini, telah mengunjungi Lahad Datu dan Semporna, Sabah antara 10 hingga 13 September 2020. Kami menyediakan bantuan kepada rakan sekerja kami dan keluarga beliau sewaktu beliau memberi tumpuan kepada pemulihannya.

Kami telah memulakan usaha pengesanan kontak di mana semua kakitangan dan pelanggan yang telah berhubung rapat dengan kakitangan tersebut akan dihubungi pada akhir hari ini.

Mereka akan diminta untuk menjalani kuarantin diri selama 14 hari sementara memantau kesihatan mereka dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa kesihatan. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan mengenai langkah-langkah susulan yang mungkin perlu diambil.

UOB Malaysia ingin memberi jaminan kepada para pelanggan dan kakitangannya bahawa Bank telah melaksanakan langkah berjaga-jaga yang disyorkan oleh kerajaan di premis kami bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Kami menggalakkan pelanggan untuk terus menggunakan perkhidmatan perbankan digital kami, termasuk Perbankan Internet Peribadi UOB, Perbankan Internet Peribadi Plus UOB dan aplikasi mudah alih UOB Mighty.

Bagi pelanggan yang perlu menggunakan perkhidmatan di cawangan kami, sila kunjungi cawangan Damansara Uptown dan Kota Damansara kami, atau cawangan lain yang mudah bagi mereka menjalankan urusan perbankan mereka.

Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan pemahaman anda dalam membantu kami melindungi kesejahteraan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, pelanggan UOB Malaysia boleh layari laman web Bank di https://www.uob.com.my.

**KENYATAAN diterima Mynewshub melalui kiriman email pihak UOB

Tags: Covid-19UOB Kepong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd