• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Nafi Panggil 50 Pekebun Durian Haram

oleh
15/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan memanggil 50 pekebun berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian haram di Raub, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM tidak pernah memanggil mana-mana pekebun untuk siasatan kes berkenaan.

“Apa yang saya boleh sahkan setakat ini, SPRM telah membuka kertas berhubung siasatan kes itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Korporat Liabiliti, di sini, hari ini.

Azam berkata pihaknya akan melihat kes berkenaan jika ada isu lain berhubung rasuah dan salah guna kuasa penerokaan tanah haram itu.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Azam mengarahkan SPRM Pahang untuk mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Daerah dan Tanah Raub serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berhubung pencerobohan tanah kerajaan negeri itu.

Pada 1 Ogos, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di tanah kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata SPRM juga telah membuka kertas siasatan kes pencemaran Sungai Gong, Rawang.

“Kami sedang melihat beberapa isu di bawah bidang kuasa kami dan saya ingin menyatakan bahawa bukan sahaja SPRM yang siasat kes ini, malah polis serta pihak berkuasa lain turut menjalankan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Bernama melaporkan kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air sungai berkenaan didapati beroperasi tanpa lesen sejak 2014.

Kira-kira 5 juta penduduk Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran pencemaran minyak yang didakwa dilepaskan daripada kilang terbabit sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai laporan parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kepada SPRM berhubung isu pemberian tanah seluas 1,200 hektar di Perak yang didakwa mempunyai unsur rasuah, Azam berkata pihaknya juga telah membuka kertas siasatan kes berkenaan.

“Kes berkenaan sedang disiasat oleh SPRM Pahang maka saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana ia masih dalam siasatan,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan pihak SPRM berhubung perkara itu, selaras dengan prinsip pentadbiran kerajaan negeri Perak yang sentiasa menekankan kepada kedaulatan undang-undang. – BERNAMA

Tags: Pahangpekebun durian haramraubSPRMtanah kerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BWF Tunda Piala Thomas, Uber

Next Post

Tiada Sebab Layan Tuntutan Filipina Terhadap Sabah

Related Posts

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

20/06/2025
0

Kuala Lumpur: Individu yang melaporkan secara terus sebarang maklumat salah laku kepada agensi penguat kuasa serta memenuhi kriteria dan syarat...

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan...

Next Post

Tiada Sebab Layan Tuntutan Filipina Terhadap Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd