• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

oleh Mohd Arshad
13/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan kasino, dalam siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan, hari ini, berkata sitaan dilakukan susulan penggeledahan di kediaman seorang individu bergelar Tan Sri di Bandar Tasik Selatan, Cheras, semalam.

Katanya, antara barangan yang disita termasuk 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta; 11 unit jam tangan berjenama berjumlah kira-kira RM1 juta; serta jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta.

“Selain itu, berlian dan barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta dan satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000 turut disita.

“SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang menjadi tempat simpanan senjata dan peluru, namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit,” katanya.

Menurut kenyataan itu, SPRM semalam, menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam keterangan Tan Sri terbabit kerana mengesyaki wujud bilik rahsia menyimpan senjata di kediaman berkenaan.

“SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di kediaman individu ini.

“Kehadiran pasukan ACTS adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang-barang yang disita bagi dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan keseluruhan penggeledahan dan sitaan semalam berjumlah kira-kira RM16 juta.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi sitaan dilakukan.

“Proses rakaman keterangan individu tersebut ditangguhkan pada satu tarikh lain disebabkan faktor kesihatan individu terbabit,” katanya.

BHonline-

Tags: seleweng dana lebuh rayasitaSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Lori FRU: Pengusaha Syarikat Lori Akan Diheret Ke Mahkamah – Menteri

Next Post

Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

Related Posts

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Next Post
Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd