Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Denda Dan Penjara Jika...

ALOR SETAR - Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat...

LKIM Mahu K’jaan Beku...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta kerajaan supaya membekukan sementara...

Pegang Teguh Slogan Hari...

ALOR GAJAH - Rakyat perlu berpegang teguh pada slogan sambutan Hari Kebangsaan ke-58...

Sesak 18 Kilometer Nahas...

JOHOR BAHRU - Seorang penumpang wanita sebuah bas ekspres dan pemandu treler cedera...

SPRM Masih Kaji 101 Projek Rundingan Terus PH

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengkaji jika ada unsur salah guna kuasa, berhubung projek rundingan terus yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata SPRM belum membuka kertas siasatan isu itu kerana bukan mudah untuk mengenal pasti syarikat yang terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa dalam projek berkenaan.

“Perlu diingatkan bahawa bidang kuasa kami untuk menyiasat salah guna kuasa. Apa yang dimaklumkan itu berkaitan sesuatu perkara yang dibuat kerajaan PH dahulu tapi dalam Parlimen tidak disebut mengenai isu salah guna kuasa atau rasuah.

“Jadi, kami masih lagi mengkaji 101 projek ini. Kami tidak boleh memberi komen lanjut,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada forum “Liabiliti Korporat: Adakah Anda Berisiko?” di sini, hari ini.

Pada 24 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan mengenai kerajaan PH meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus, ketika memerintah sebelum ini. – BH Online

Kategori