• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rais Yatim Dilantik Speaker Dewan Negara Ke-18

oleh
02/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-18 hari ini.

Rais, 78, merupakan antara tiga calon yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu selain Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Senator Theodore Douglas Lind.

Bagaimanapun, Theodore menarik diri pada saat akhir.

Pemilihan Yang Dipertua Dewan Negara baharu dibuat bagi menggantikan Tan Sri S. A. Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lepas, dilakukan menerusi undi bersurat.

Keputusan undian itu menyaksikan Rais memperoleh 45 undi manakala Mohd Yusmadi 19 undi dan seorang tidak hadir.

Keputusan undian diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad.

Terdahulu, usul pencalonan Rais dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Usul itu disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Shabudin Yahya manakala pencalonan Mohd Yusmadi dilakukan oleh Senator Dr Ahmad Azam Hamzah.

Berlaku sedikit perbahasan apabila pencalonan Rais dipertikai oleh Senator Nga Hock Cheh yang menganggap ia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Negara memandangkan Muhyiddin bukan Ahli Dewan Negara.

“Dinyatakan setiap Ahli Dewan Negara yang hendak mencadangkan ahlinya sebagai calon Yang Dipertua Dewan mestilah memastikannya suka berkhidmat dan cadangan perlulah diberikan dalam tempoh dua hari sebelum tempoh persidangan.

“Saya ingin berhujah bahawa Muhyiddin bukan Ahli Dewan Negara, maka Yang Amat Berhormat tidak berhak mencalonkan Tan Sri Rais Yatim sebagai calon untuk jawatan ini. Sehubungan itu, pencalonan ini harus ditolak,” katanya.

Bagaimanapun hujahan itu ditolak oleh Abdul Halim dan memutuskan Muhyiddin sememangnya berhak mencalonkan Rais.

“Saya mendengar dengan penuh teliti dan faham, walaupun perdana menteri bukan Ahli Dewan Negara tetapi beliau merupakan Ketua Majlis yang bertindak dalam menentukan tarikh persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Tidak dinyatakan dalam mana-mana Peraturan Mesyuarat hanya Ahli Dewan Negara sahaja yang boleh mencalonkan seorang ahli yang lain sebagai calon Yang Dipertua Dewan Negara,” katanya.

Perkara yang dinyatakan oleh Timbalan Speaker itu kemudiannya disokong oleh Takiyuddin.

Walaupun Nga cuba membantah, Abdul Hamid menyatakan keputusannya muktamad dan memutuskan untuk menjalankan pemilihan dengan undi bersurat memandangkan pencalonan lebih daripada seorang, bersesuaian dengan Peraturan Mesyuarat 2 (3). – BERNAMA

Tags: Rais YatimSpeaker Dewan Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd