Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN: Mangsa banjir di negeri ini menunjukkan peningkatan dengan seramai 5,160 mangsa dipindahkan...

Tiang Cahaya Terangi Langit...

LACOMBE - Seorang jurugambar berjaya merakam fenomena cahaya seolah-olah memancar dari permukaan Bumi...

Sekurang-Kurangnya 43 Terbunuh Nahas...

PUISSEGUIN - Sekurang-kurangnya 41 orang termasuk warga tua yang berada dalam sebuah bas...

Malaysia Catat Kes Harian...

PUTRAJAYA - Malaysia pertama kali melaporkan kes harian COVID-19 melebihi 11,000 kes apabila...

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang keseluruhan selama 14 hari dan tamat pada 11 April ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, beliau telah menerima satu perutusan berkait perkara berkenaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis.

“Selaras dengan Peruntukan Mesyuarat 10 (2), peraturan-peraturan mesyuarat supaya Takwim Mesyuarat Dewan Negara yang sedang berjalan sekarang dipinda dengan menambah sebanyak dua hari lagi pada 10 dan 11 April iaitu Isnin dan Selasa,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Berdasarkan peraturan berkenaan, katanya, ketua atau timbalan ketua majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari masa ke masa.


Persidangan Dewan Negara sebelum ini dijadual berlangsung selama 12 hari bermula 21 Mac dan tamat pada 6 April.

Menurut Takwim Dewan Negara, perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) yang bermula hari ini dijadual berlangsung sehingga Isnin depan.

Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori