• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: BN Umum Manifesto 16 September Ini

oleh
12/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan manifesto dan akujanji bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 16 September ini, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, manifesto itu akan membawa sesuatu yang baharu dengan memastikan matlamat mengutamakan kepentingan rakyat tercapai. 

“Kita akan membentang akujanji kita, bukan sahaja janji BN tetapi sesuatu yang baharu di luar kotak pemikiran,” katanya ketika berucap pada perjumpaan selepas penamaan calon di Pusat Operasi BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata Projek Lebuhraya Pan Borneo dan mana-mana projek yang dibatalkan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan semula, jika BN dan sekutunya dipilih menerajui kerajaan negeri.

Mengenai calon BN bagi kerusi Lamag, beliau menyifatkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin seorang pemimpin yang suka mendekati rakyat.

Katanya, pemimpin yang memiliki sifat itu boleh menjadi seorang ketua menteri dan wajar diberi keutamaan oleh pengundi di Lamag dalam memilih wakil rakyat mereka.

“Bung Moktar umpama permata datang dari bumi Kinabatangan tetapi tak digilap, walhal dia jaga rakyat dia,” katanya.

Bung Moktar, yang juga pengerusi UMNO negeri, bakal dicabar empat lagi calon bagi merebut kerusi baharu itu.

Beliau akan berdepan dengan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Ismail Ayob; calon Parti Cinta Sabah (PCS), Razman Mayah; calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Mohd Al Ruzainie @ Shirin Abdul Rahman dan Junny @ Karuak Abdullah yang bertanding atas tiket Bebas. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalManifesto BNPRN Sabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd