• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: 447 Calon Disahkan Bertanding Di 73 DUN

oleh
12/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini selepas tempoh penamaan berakhir pukul 10 pagi tadi. 

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu 404 calon adalah lelaki manakala 43 lagi calon wanita.

Beliau berkata daripada 447 calon itu, seramai 73 adalah daripada Parti Cinta Sabah (PCS), diikuti Parti Warisan Sabah (Warisan) (53), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (47), Parti Liberal Demokratik (LDP) (46), Barisan Nasional (BN) (41), Perikatan Nasional (PN) (29), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) (28), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (23) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) (22).

“Selain itu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebanyak 12 calon, PKR (tujuh), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) (lima), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) (dua) dan masing-masing satu calon bagi Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) serta Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Pertubuhan).

“Sepanjang tempoh penamaan calon, hanya terdapat satu kertas penamaan telah ditolak atas sebab calon tidak layak bertanding kerana telah diisytihar bankrap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Abdul Ghani berkata seramai 56 calon Bebas turut disahkan bertanding pada PRN Sabah. 

Beliau berkata DUN Bengkoka, menyaksikan calon terbanyak bertanding iaitu 11 penjuru diikuti Inanam dengan pertandingan 10 penjuru. 

“Sebanyak 26 DUN akan menyaksikan pertandingan enam penjuru, 15 DUN (lima penjuru) dan 13 DUN (tujuh penjuru). 

“Selain itu, enam DUN (lapan penjuru), lima DUN (empat penjuru) dan tiga DUN (tiga penjuru),” katanya.

Beliau berkata calon termuda pada PRN Sabah kali ini berusia 22 tahun yang bertanding di Tandek, manakala calon tertua berumur 75 tahun bertanding di DUN Bugaya. 

“Kita menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRN Sabah kali ini boleh mencecah kira-kira 75 peratus dan keputusan pengiraan undi dijangka boleh diselesaikan sebelum pukul 12 malam 26 September ini,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Pilihan Raya Negeri SabahSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd