• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: 16,877 Polis, Tentera Mengundi Awal Esok

oleh
21/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bermula esok dengan seramai 16,877 anggota polis, tentera dan pasangan mereka akan mengundi di 55 pusat mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata daripada jumlah itu, 7,487 merupakan anggota tentera dan pasangan serta 9,390 anggota polis. 

“Bagi tujuan ini, Pusat Pengundian Awal akan dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan COVID-19 seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan untuk proses undi awal itu. 

Katanya, pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati pilihan raya yang telah dilantik oleh SPR, selain SPR juga akan menyiarkan proses pengundian berkenaan secara penstriman langsung menerusi menerusi Facebook SPR.

“Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis. Kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 26 Sept bermula jam 4 petang. 

“Pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen calon masing-masing,” katanya. 

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai.

SPR menetapkan 12 September sebagai tarikh penamaan calon diikuti pengundian awal 22 September dan pengundian biasa, 26 September ini.

PRN ini menyaksikan 391 calon termasuk 56 calon Bebas bertanding merebut 73 kerusi DUN termasuk 13 yang baharu diwartakan tahun lalu. – BERNAMA

Tags: mengundi awalPRN Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd