• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tak Terima Laporan Sogokan Wang Pada PRK Slim

oleh
04/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Polis tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Sabtu lepas disogok dengan wang sebagaimana dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata sekiranya menerima laporan, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat siasatan.

“Sesiapa yang ada maklumat pengundi dirasuah boleh datang ke balai untuk membuat laporan.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan pengundi disogok pada PRK Slim. Kita hanya terima lima laporan berkaitan kesalahan pilihan raya,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Kerian di sini, hari ini.

Pada majlis itu, bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Supt Mazuki Mat, 58, mengambil alih jawatan Ketua Polis Daerah Kerian yang baharu menggantikan ACP Omar Bakhtiar Yaacob, 56, yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.

Semalam, Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa berlaku pengundi di DUN Slim menerima sokongan sehingga RM150 seorang apabila mengundi calon Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, mengulas isu judi dalam talian, Razarudin berkata pihaknya telah membuat 30 permohonan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke premis berkaitan di Perak.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12 premis di Ipoh telah diambil tindakan manakala baki 18 lagi masih dalam proses untuk tindakan.

“Kita bekerjasama rapat dengan TNB dan setakat ini tiada masalah,” katanya sambil menambah judi dalam talian tidak serius di Perak kerana pihaknya sentiasa mengambil tindakan jika ada maklumat. – BERNAMA

Tags: polisPRK DUN Slimsogokan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd