• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perkemas Kertas Siasatan Khairuddin

oleh
30/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang memperkemaskan lagi kertas siasatan berhubung kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar arahan kuarantin wajib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata tindakan itu dibuat susulan arahan terbaharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kertas siasatan yang diserahkan kepada AGC dikembalikan semula.

“Ada beberapa tindakan perlu dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut arahan AGC.

“Kita akan hantar kembali kertas siasatan itu sejurus selesai siasatan,” katanya pada sidang media, di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah akan merekod keterangan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung dakwaannya mengenai pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu sebagai sandiwara, dalam masa terdekat.

Beliau berkata, janji temu dibuat polis sudah dipersetujui Mohamaddin bagi membolehkan rakaman percakapan dilakukan.

“Kita akan panggil beliau (Mohamaddin), janji temu sudah dibuat. Mohamaddin bersetuju untuk beri keterangan.

“Satu pasukan ditubuhkan terdiri daripada JSJ Sabah (akan rekod percakapan bekas menteri itu),” katanya.

Sebelum ini, Mohamaddin mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanya peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Dalam satu video ucapan yang tular di media sosial, bekas menteri itu berkata, pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan peperangan tidak berlaku. – BH Online

Tags: Mohamaddin Ketapimohd khairuddin aman razalipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd