• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPDB Di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna

oleh
28/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini akan membabitkan seramai 962,661 penduduk.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini.

“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan.

Menurutnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit.

“Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.

Katanya, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020). – myMetro Online

Tags: Covid-19PKPDBSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd