• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertukaran Portfolio Untuk Pulihkan Ekonomi Sabah

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pertukaran portfolio antara Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Datuk Masidi Manjun bertujuan membantu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memulihkan ekonomi Sabah dan menghadapi pandemik Covid-19.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 memegang jawatan Menteri Kerja Raya, manakala Masidi memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Ketika mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pagi tadi, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, diumum memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, manakala Masidi, Menteri Kerja Raya.

Pertukaran itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor pada sidang media pertamanya selepas melapor diri di Pejabat Ketua Menteri, di Tingkat 32, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

Hajiji turut mengumumkan satu lagi portfolio baharu untuk Masidi iaitu Menteri Kewangan 2.

Katanya, beliau memerlukan khidmat Masidi untuk membantunya dalam soal kewangan bagi memulihkan ekonomi Sabah dan menghadapi pandemik Covid-19.

Hajiji berkata, tidak timbul masalah mengenai pertukaran portfolio itu sebaliknya beliau mahu Masidi membantunya kerana berpengalaman dalam ekonomi dan kewangan selain ia juga dipersetujui oleh semua.

Selain pertukaran portfolio, Hajiji turut memaklumkan lima lagi menteri akan dilantik bagi melengkapkan senarai Kabinet negeri dalam masa terdekat.

“Pelantikan menteri lain, ada lima orang lagi akan mengangkat sumpah tidak lama lagi serentak dengan pelantikan pembantu menteri,” katanya.

Dalam hal lain, beliau menafikan menghadapi masalah dengan kepemimpinan UMNO seperti didakwa pihak tertentu.

Sidang media itu turut disertai dua lagi Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam. – myMetro Online

Tags: EkonomiSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd