• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Warisan Hina Pejuang Lahad Datu – Anifah

oleh
21/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan ucapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) berhubung pasukan keselamatan.

Anifah menerusi satu kenyataannya hari ini berkata, beliau kecewa apabila melihat klip video yang memaparkan Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi memberi ucapan berbaur penghinaan terhadap anggota keselamatan yang sanggup menggadai nyawa demi pertahankan kedaulatan negara.

“Sepanjang peristiwa pertempuran Lahad Datu di Tanduo 2013, seramai 235 pengganas telah mendarat di bumi Sabah dari Pulau Siminul, Filipina. 10 orang anggota keselamatan Malaysia telah terkorban dalam pertempuran tersebut termasuk dalam beberapa serangan hendap.

“Pemimpin Warisan ini telah menyifatkan pengorbanan mereka sebagai ‘sandiwara’,” katanya.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, kemudian mempersoalkan tindakan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang dilihat tidak menghormati pasukan keselamatan di negara ini.

“Di manakah rasa hormat pemimpin Warisan ini kepada anggota keselamatan Malaysia yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan bumi Sabah?

“Ucapan beliau boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada Sabah,” katanya.

Bekas Menteri Luar itu turut menyifatkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamaddin menunjukkan pemimpin Warisan tidak menghargai pengorbanan wira negara ini.

“Jelas sekali kenyataan yang dikeluarkan menunjukkan betapa buta mata serta hati parti Warisan terhadap pengorbanan wira-wira negara, sekali gus melukakan hati keluarga dan rakan-rakan seperjuangan anggota keselamatan kita.

“Perbuatan dan pengkhianatan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan seharusnya Warisan muhasabah dan malu dengan kenyataan yang jijik ini,” katanya.

Sehubungan itu, Anifah mahu rakyat di negeri ini menolak pimpinan Warisan.

Terdahulu, satu klip video berdurasi dua minit 30 saat yang memaparkan ucapan Mohamaddin dalam satu majlis dipercayai membabitkan Warisan. – Sinar Harian

Tags: Anifah Amanpencerobohan lahad datuPRN Sabahwarisan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd