• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Pertimbang Siasat Kes Sungai Gong Ikut SOSMA

oleh
09/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHERAS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbang untuk mengklasifikasikan kes pencemaran di Sungai Gong sebagai jenayah terancang yang membolehkan ia disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya kini giat menyiasat kes itu dari pelbagai aspek, termasuk kemungkinan wujud perbuatan sabotaj pihak tertentu.

“Kelmarin, kita mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak dan agensi, termasuk Jabatan Peguam Negara. Ada beberapa arahan dikeluarkan dan memerlukan polis memenuhi tuntutan itu.

“Ada cadangan supaya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengenakan hukuman lebih berat terhadap dalang kes ini. Kita sedang mempertimbang untuk menyiasat mengikut SOSMA.

“Polis akan menyiasat jika ada unsur mengugut, menakutkan, sabotaj dan perbuatan yang berulang kali serta tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Mengenai cadangan penubuhan Unit Jenayah Alam Sekitar diketuai PDRM bagi menangani isu pencemaran pula, Abdul Hamid berkata, perkara itu akan diteliti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk sebarang tindakan lanjut.

“Kita tiada masalah untuk menerima tugas itu. Buat masa ini, kita sudah memberi komitmen membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), selain melaksanakan tugas mencegah kes penyeludupan.

“Ia membabitkan ramai polis, selain menyebabkan beban tugas bertambah. Jika cadangan itu diluluskan KDN, saya memohon perjawatan tambahan,” katanya.

Insiden pencemaran Sungai Gong di Rawang, minggu lalu, menyebabkan kira-kira lima juta pengguna di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air. – BH Online

Tags: PDRMPencemaran SungaiSOSMAsungai gong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengingatkan sebarang pindaan terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 tidak boleh...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd