• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Tetap Beri Nasihat Selagi Pegang Jawatan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tetap akan tetap memberi nasihat kepada ahli parti selagi menjawat jawatan berkenaan.

Tengku Razaleigh berkata, pandangannya dalam semua perkara berkaitan parti adalah untuk kebaikan bersama selain bertujuan menarik sokongan ahli bawahan secara berterusan.

Menurutnya, segala pandangan menyentuh kepimpinan termasuk pemimpin UMNO dalam Kabinet adalah untuk menyampaikan ketidakpuasan hati rakyat.

“Saya kena jawab sebab dilantik sebagai penasihat, kecuali kalau tak nak bagi saya jadi penasihat lagi, saya boleh berhenti nasihatlah.

“Saya tak kritik, saya ulang saya tak kritik sesiapa. Saya tak campur urusan parti lain, (sebaliknya) saya hanya bagi pandangan ahli UMNO yang menemui saya,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan ketua dan wakil peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR bagi membincangkan tuntutan ladang sawit selepas tanam semula di Bukit Chekati di Gua Musang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya meminta pemimpin UMNO dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Gesaan itu berikutan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti, sekali gus menghilangkan kelayakan parti itu sebagai anggota Pakatan Melayu Islam didukung Muafakat Nasional (MN).

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau juga menyampaikan pandangan orang bawahan yang melihat menteri yang dilantik daripada UMNO tidak diberi muka dalam kerajaan PN.

“Apa guna duduk situ. Itu pandangan orang bawah yang saya sampaikan dan ada orang tiada jawatan dalam parti pun ada kedudukan tinggi.

“Orang kita yang ada pegang jawatan sebagai Naib Presiden dalam parti pun tiada ada kedudukan (dalam Kabinet), seolah-olah begitulah,” katanya. – myMetro Online

Tags: Tengku Razaleigh HamzahUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd