• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Nafi Kluster Sabah Merebak Ke Semenanjung

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan penularan berita palsu berhubung kluster Sabah yang merebak di Semenanjung selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu Sabtu lalu.

KKM menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, maklumat yang disebarkan di media sosial dengan menyenaraikan lokasi yang dijangkiti wabak itu tidak tepat seperti ditularkan.

Memetik kenyataan itu, KKM mengambil langkah disinfeksi dan nyahkuman ke atas lokasi-lokasi yang terdapat kes positif.

“Selepas proses ini (disinfeksi), ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard),” memetik kenyataan itu.

Terdahulu, berita palsu dengan tajuk ‘Covid-19 Cases Reported’ mula bertebaran di aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak semalam dengan menyenaraikan 23 lokasi sekitar Lembah Klang yang dikaitkan dengan Covid-19 kluster Sabah.

Antara lokasi yang tersenarai UOB Kepong, CIMB Kota Damansara, Sunway Pyramid, Aeon Nilai, Kolej Tunku Kurshiah, Kondominium Desa Green, pejabat KL Gateway dan KPJ Rawang.

Kenyataan menyebut, maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain selain menyarankan orang ramai tidak menyebarkan berita palsu.

“Elakkan stigma dan dapatkan maklumat yang betul,” tulisnya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19klusterSabahsemenanjung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd