• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Pandang Serius Isu Berbasikal Atas Jalan Raya

oleh Cj Mnh
17/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan mengkaji isu berkenaan bersama pihak berkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal.

“Dalam konteks undang-undang, basikal bukan golongan yang patut berada di atas jalan raya yang dikenakan cukai jalan.

“Bagaimanapun, tiada undang-undang khusus basikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikuatkuasakan dan JPJ akan bekerjasama dengan agensi lain untuk selaraskannya,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) JPJ di bangunan penyeliaan Plaza Tol (Lama) Jelapang di Km 268 Lebuhraya Utara Selatan di sini semalam.

Beliau berkata, JPJ akan mengambil langkah keselamatan dengan memberi advokasi pendidikan kepada pengguna basikal dalam konteks menggunakan jalan raya secara berhemah memandangkan semakin banyak aktiviti basikal di jalan raya sejak akhir-akhir ini.

Kelmarin, tular gambar sekumpulan individu yang berbasikal di laluan bertingkat (flyover) Rasah Kemayan menuju ke Seremban Gateway, Negeri Sembilan yang menimbulkan kerisauan orang ramai berikutan persekitaran yang tidak selamat untuk aktiviti itu.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, JPJ turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi meningkatkan aspek keselamatan di lebuh raya kendaliannya.

Shaharuddin berkata pemeteraian itu membolehkan kedua-dua pihak menjalankan inisiatif dan memperkukuh kerjasama strategik melibatkan operasi dan pelaksanaan penguatkuasaan di lebuh raya PLUS.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan.

Menurutnya, UPLR yang dirasmikan hari ini telah beroperasi mulai 1 Julai lepas sebagai pusat mengawal selia segala aktiviti UPLR yang melibatkan empat zon penguatkuasaan utama iaitu Stesen Penguatkuasa Lebuhraya JPJ di Hentian Rehat dan Rawat di Dengkil, Selangor; di Gunung Semanggol, Perak; di Pagoh, Johor; dan Paka, Terengganu masing-masing arah selatan.

Katanya, sejak diwujudkan secara berperingkat bermula 2018, UPLR berupaya mengurangkan kesalahan jalan raya antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan, menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan kenderaan membawa lebih muatan. – BERNAMA

Tags: basikalJPJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd