• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hajiji Sah KM Sabah, Bung Moktar Timbalan

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Istiadat penyampaian watikah pelantikan jawatan dan mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri berlangsung di Istana Negeri di sini kira-kira jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan turut memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri II pula dipegang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffry Kitingan yang turut memegang portfolio Menteri Pertanian dan Perikanan.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri III dipegang oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam yang turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Perindustrian.

Seterusnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.

Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kedua-dua mereka berstatus Menteri Kanan Kabinet Sabah.

Selesai majlis Istiadat angkat sumpah, Hajiji dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). – Sinar Harian

Tags: Datuk Hajiji NoorKetua Menteri Sabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

COVID-19: Kluster Apas Dikesan Di Selangor

Next Post

Muktamad Pemilihan Vaksin Covid-19 Tahun Depan

Related Posts

Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah

Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah

14/01/2024
0

TUARAN: Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji menafikan menjadi buruan polis kerana terbabit dengan kegiatan dadah terbesar di negeri...

Hajiji Masih Ketua Menteri Sabah, Keabsahan Ditentukan Sokongan Majoriti ADUN – GRS

Hajiji Masih Ketua Menteri Sabah, Keabsahan Ditentukan Sokongan Majoriti ADUN – GRS

07/01/2023
0

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor, masih Ketua Menteri walaupun Barisan Nasional...

Next Post

Muktamad Pemilihan Vaksin Covid-19 Tahun Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd