• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hajiji Noor Diisytihar Ketua Menteri Sabah Ke-16

oleh
28/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Hajiji Noor dari PPBM diisytiharkan sebagai ketua menteri Sabah ke-16 hari ini oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selepas perbincangan antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan PBS akhirnya mencapai kata sepakat menyusuli kemenangannya pada pilihan raya negeri pada Sabtu.

“Ya, GRS sebulat suara memilih saya sebagai ketua menteri,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada penyokong.

Ahli politik berusia 65 itu menggantikan Shafie Apdal, yang penggalnya berakhir lebih awal ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 30 Julai selepas sokongan majoriti kerajaan Warisan Plus pimpinannya tergugat dengan peralihan sokongan 33 ADUN kepada bekas ketua menteri, Musa Aman.

Hajiji dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, esok 10.30 pagi.

Pelantikan Hajiji ini ketika Sabah berdepan cabaran ekonomi dan kesihatan yang serius, antaranya berikutan Covid-19 yang amat menjejaskan ekonomi tempatan dan serata dunia.

Semasa berkempen di Sabah, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mnyeru pengundi memilih kerajaan negeri yang sehaluan dengan persekutuan, mengatakan lebih banyak bantuan dan peruntukan dapat disalurkan ke Sabah jika Kota Kinabalu dan Putrajaya dapat bekerjasama. – FMT

Tags: Datuk Hajiji NoorKetua Menteri Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah

Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah

14/01/2024
0

TUARAN: Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji menafikan menjadi buruan polis kerana terbabit dengan kegiatan dadah terbesar di negeri...

Hajiji Masih Ketua Menteri Sabah, Keabsahan Ditentukan Sokongan Majoriti ADUN – GRS

Hajiji Masih Ketua Menteri Sabah, Keabsahan Ditentukan Sokongan Majoriti ADUN – GRS

07/01/2023
0

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor, masih Ketua Menteri walaupun Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd