• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Bersiap Sedia Hadapi Pihak Mahu Buat Kacau

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia dalam pelbagai situasi dan ancaman yang cuba mengganggu gugat kesejahteraan serta kedaulatan negara termasuk isu kemasukan besar-besaran pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran ke Sabah bertujuan membuat kekacauan pada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, kawalan persempadanan maritim dan darat di seluruh negara termasuk Sabah akan terus diperkukuh sepanjang masa melalui Operasi Benteng (Op Benteng).

“Dengan pembabitan dan kerjasama padu anggota serta aset daripada semua agensi keselamatan dan penguatkuasaan, ia diaturgerak secara terancang terutama dalam memberi tumpuan kepada aspek kawalan, keselamatan dan kesejahteraan di Sabah bagi melancarkan proses PRN.

“Masyarakat tempatan disarankan supaya turut sama menjadi ‘mata dan telinga’ kerana kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama yang tidak hanya digalas pasukan keselamatan semata-mata,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Beliau turut menggesa masyarakat di Sabah supaya bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat pencerobohan PatI dan aktiviti jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat Operasi NTF di talian 011-62511223. – myMetro Online

Tags: ATMPatiPRN Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd