• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Lagi Kluster Baharu Di Sabah, 5 Positif Covid-19

oleh
21/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu lagi kluster baharu di Tongod, Sandakan direkodkan di Sabah dan sudah menjangkiti lima individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang dikenali sebagai Kluster Kuarters itu dikenal pasti hasil saringan dijalankan di sekitar daerah itu.

Menurutnya, ia susulan saringan seorang petugas kesihatan yang didapati positif ujian saringan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) pada 4 September lalu.

“Beliau disaring sebagai saringan rujukan ke hospital. Namun, ujian pengesahan Covid-19 ke atas beliau (rt-PCR) didapati negatif.

“Saringan di sekitar Tongod yang bermula pada 6 September lalu membabitkan masyarakat setempat termasuk petugas Klinik Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini lima kes positif Covid-19 (kes ke-10,253 hingga ke-10,257) dan tidak bergejala, namun mereka sudah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan.

Selain itu, beliau berkata, seramai 112 individu juga sudah disaring dan masih menunggu keputusan.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan pembersihan di Klinik Kesihatan Tongod dan pesakit yang mempunyai temujanji di klinik itu dirujuk ke Klinik Kesihatan berdekatan.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Tongod akan bermula semula selepas aktiviti nyah kuman dan pembersihan tamat,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19klusterSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd