• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Termometer Inframerah Selamat, Tiada Radiasi Bahaya

oleh
03/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Termometer inframerah tidak memancarkan radiasi berbahaya dan selamat untuk digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu yang tular di laman sosial berkaitan keselamatan penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada otak dan lebih spesifik kepada kelenjar pineal.

“Ketika pandemik COVID-19, termometer inframerah tanpa sentuh dan pengimbas haba digunakan secara meluas dan penting sebagai satu kaedah saringan dalam pengawalan wabak Covid-19.

“Termometer inframerah tanpa sentuh bukanlah alat penembak dan tidak memancarkan radiasi berikutan ia direkabentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, litar elektronik dalam termometer memproses isyarat elektrik untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan.

“Oleh kerana termometer inframerah tidak memancarkan radiasi berbahaya, ianya selamat untuk digunakan.

“Terdapat juga termometer inframerah yang menggunakan laser untuk membantu penentuan titik (spot) arah di mana suhu hendak diukur dan laser yang digunakan adalah pada kadar 630 hingga 670 nm yang mengeluarkan tenaga kurang dari 1 mW cm2, iaitu lebih rendah dari komponen inframerah dari sinaran cahaya matahari,” katanya.

Menurutnya, pengukuran suhu badan dengan termometer inframerah biasanya dilakukan sama ada di permukaan kulit dahi atau membran timpanik.

“Walaupun bacaan suhu di membran timpanik lebih tepat tetapi kaedah pengukuran di permukaan kulit dahi lebih mudah untuk saringan populasi.

“Terdapat juga kajian yang dilakukan untuk pengukuran suhu di pergelangan tangan, bagaimanapun bukti saintifik yang ada pada masa ini, tidak dapat memastikan ketepatan bacaannya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kajian yang dilakukan Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaan termometer inframerah untuk mengukur suhu di dahi.

“Termometer termasuk termometer inframerah tanpa sentuh, digunakan untuk menentukan suhu tubuh manusia adalah termasuk dalam definisi “peranti perubatan” dan tertakluk kepada keperluan pendaftaran di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

“Namun, dalam keadaan darurat seperti pandemik Covid-19, pengimportan dan pembekalan termometer inframerah boleh dibenarkan melalui laluan akses khas tertakluk pada syarat tertentu dan untuk jangka masa yang terhad.

“Setakat ini, sebanyak 64 jenama termometer inframerah didaftarkan dan menerima kebenaran untuk diimport dan dibekalkan ke Malaysia melalui laluan akses khas, tujuh jenama termometer inframerah lain diberikan kebenaran untuk tujuan sama bagi memenuhi keperluan semasa wabak Covid-19,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sedar mengenai terdapatnya termometer inframerah yang tidak berdaftar atau mendapat kebenaran akses dalam pasaran.

“Adalah diingatkan KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana perlanggaran undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 737,” katanya. – BH Online

Tags: inframerahradiasitermometer
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Radiasi Menara Telekomunikasi Tidak Bahaya – MCMC

07/11/2019
0

PUTRAJAYA - Pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak berupaya membawa risiko kesihatan kepada masyarakat sekitar, termasuk golongan warga tua...

Lima Tahun Pasca Gempa Tsunami, Bencana Nuklear Fukushima

11/03/2016
0

PADA Jumaat, 11 Mac 2016, Jepun memperingati ulang tahun kelima tragedi gempa bumi di luar pantai Lautan Pasifik wilayah Tohuku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd