• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Wajib Bawa Sejadah, Warga Asing Dibenar Ke Masjid, Surau

oleh
25/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDIVIDU ingin solat berjemaah di masjid dan surau kini tidak lagi diwajibkan membawa sejadah sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum ini untuk mencegah penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, namun kerajaan tetap menggalakkan individu yang ingin membawa sejadah sendiri.

“Berkenaan SOP solat berjemaah di masjid, terdapat keluhan orang ramai yang terlupa membawa sejadah ke masjid dan dihalang untuk menunaikan solat.

“Selepas mendengar rayuan daripada YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mesyuarat Khas Menteri hari ini bersetuju untuk tidak mewajibkan penggunaan sejadah di masjid.

“Namun, ia adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan. Masjid juga boleh jual pelitup muka,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-161 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ke-77 di bangunan Parlimen, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga mencadangkan jika ada pihak masjid yang mahu menjadikan kertas pakai buang untuk menggantikan sejadah, perkara itu boleh dilakukan.

Pada masa sama, katanya, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini dan KKM juga sudah bersetuju untuk membenarkan warga asing untuk solat berjemaah di masjid dan surau bermula 1 September depan.

“Namun, adalah ditegaskan warga asing perlu mematuhi SOP ditetapkan sebelum ini. Kita longgarkan sikit tetapi masih lagi tegas… dalam kes-kes tertentu mereka tidak dibenarkan berjemaah.

“Sebelum ini kita tidak membenarkan warga asing berjemaah (di masjid dan surau) selain diplomat dan duta. Kini, kita benarkan seramai mana yang boleh berdasarkan keluasan tempat.

“Bagaimanapun pihak masjid boleh tentukan jika tiada ruang mencukupi,” katanya. – myMetro Online

Tags: masjidsejadahsolat jemaahsurau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

AJK Surau Taman Seraya Buat 10 Laporan Polis Dakwaan ‘Gangguan’ Seorang Penduduk

AJK Surau Taman Seraya Buat 10 Laporan Polis Dakwaan ‘Gangguan’ Seorang Penduduk

24/04/2026
0

AMPANG – Isu melibatkan sebuah surau di Taman Seraya semakin tegang apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) surau terbabit membuat sebanyak 10...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd