• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Rundingan Terus Bercanggah Manifesto PH – Annuar

oleh
27/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak menjadikan satu projek yang diterima kementeriannya menerusi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas, sebagai isu atau masalah.

Annuar berkata apa yang menjadi masalah adalah kerana kaedah rundingan terus bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH). 

“Masalahnya adalah kerana kerajaan terdahulu yang tidak berkata benar kepada rakyat. Kata (PH) tiada lagi projek rundingan terus dan ditulis pula dalam manisfetonya, tetapi tiba-tiba ada projek (rundingan terus) yang bernilai berbilion-bilion,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program menyantuni guru dan pelajar Madrasah Tahfiz Al Yamani, Kampung Baru menerusi Program Menyantuni Sekolah melalui inisiatif Wilayah Cakna dalam agenda Wilayah Prihatin di sini, hari ini. 

“Saya dah check (siasat), memang ada satu projek rundingan terus yang bernilai lebih RM900,000. Saya pun tak jadikan itu sebagai isu sebab saya tahu sebenarnya projek rundingan terus ini tak salah.

“Projek rundingan terus memang satu dari kaedah perolehan yang dibenarkan dan Menteri Kewangan mempunyai kuasa penuh untuk memilih cara yang mana,” katanya. 

Sebelum ini Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan  pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Sementara itu, Annuar berkata soal keperluan sekolah ahfiz perlu ditekankan dalam perancangan dan pembangunan di Kuala Lumpur. 

Beliau berkata pihaknya akan memastikan hal ehwal pendidikan dan pusat tahfiz akan terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020-2040 yang sedang dirangka. 

“Saya akan cari jalan untuk kita memanfaatkan pusat tahfiz ini. Bagi saya, dakwah dan tuntutan agama segala-galanya bermula dengan pembelajaran al-Quran yang betul,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar Musapakatan harapanrundingan terus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd