• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Slim: Kerjasama BN, PAS, Bersatu Sedia Tarik Pengundi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim telah mula digerakkan untuk menarik pengundi bagi memenangkan calon BN.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43, berkata meskipun ketiga-tiga parti bergerak secara berasingan semasa berkempen, namun matlamat mereka sama iaitu berkempen agar pengundi menyokong calon BN.

“Saya telah berhubung dengan kepimpinan Bersatu di sini (Slim) untuk mereka buat gerak kerja, mengenali pengundi dan jentera mereka bergeraklah daripada segi itu untuk menemui ahli dan pengundi Bersatu.

“Kita lebih fokus, maknanya UMNO jaga UMNO, MIC jaga MIC, MCA jaga MCA, Bersatu jaga ahli Bersatu, PAS jaga ahli PAS dan kombinasi itu ke arah mengundi BN,” katanya ketika ditemui semasa sesi perjumpaan dengan pengundi di Pekan Trolak di sini, hari ini.

Katanya, strategi ini adalah terbaik untuk menarik pengundi kerana setiap parti telah mengenal pasti pusat pemilihnya sendiri, tambahan pula adalah mustahil untuk bertemu dengan semua 23,094 pengundi yang layak mengundi pada pilihan raya kecil Slim, 29 Ogos nanti.

Sementara itu, Mohd Zaidi yakin bahawa beliau dapat memperoleh sekurang-kurangnya 14,000 undi dengan bantuan Bersatu.

“Yang bertanding dulu Bersatu tetapi atas tiket Pakatan Rakyat (PR). Bila orang Bersatu, maknanya dia ada pengikut, dia boleh tarik separuh daripada pengundinya dan ahli atas pagar yang mungkin dulunya bersama dengan mereka,” kata Mohd Zaidi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, akibat serangan jantung, pada 15 Julai lepas. 

Pada PRU14, Allahyarham Mohd Khusairi yang mewakili BN, menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket Parti Keadlian Rakyat, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim menyaksikan Mohd Zaidi, berdepan pertandingan tiga penjuru dengan dua calon lain iaitu calon Bebas S. Santharasekaran, 44, dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38.

Amir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan belum didaftar secara rasmi. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalBERSATUPASPRK DUN Slim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd