• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK DUN Slim: 65% Mengundi Awal Setakat Tengah Hari

oleh
25/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Sebanyak 65 peratus daripada 267 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis keluar menunaikan tanggungjawab pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian awal berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Slim River dekat sini bermula 8 pagi tadi hingga 5.30 petang ini.

Sepanjang proses undi awal, pematuhan garis panduan pencegahan COVID-19 dikuatkuasakan seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan dan saringan suhu badan.

Turut kelihatan meninjau proses undi awal itu ialah Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh; Timbalannya Dr Azmi Sharom; Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain serta calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dan calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata proses undi awal berjalan lancar dan terkawal kerana pengundi telah dinasihatkan supaya mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan di pusat mengundi.

“SOP (prosedur operasi standard) kita perlu patuhi, kita tidak mahu semua pegawai dan anggota (polis) datang serentak sebab tak nak berlaku kesesakan,” katanya ketika ditemui pemberita.

PRK DUN Slim pada Sabtu ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi dan Amir Khusyairi serta seorang lagi calon Bebas, S. Santharasekaran. – BERNAMA

Tags: pengundi awalPRK DUN Slim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tak Terima Laporan Sogokan Wang Pada PRK Slim

04/09/2020
0

BAGAN SERAI - Polis tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

PRK Slim: Calon BN Yakin Raih Undi Orang Asli

24/08/2020
0

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz memberi tumpuan minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd