• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPDB Di Perlis, Kedah Tamat Esok

oleh
25/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar (PKPDB) di dua buah kampung di Perlis dan empat mukim di Kedah akan ditamatkan esok, iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan pada 31 Ogos, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya keputusan itu diambil selepas tiada kes positif baharu dikesan setelah kesemua penduduk di kawasan terjejas selesai menjalani saringan COVID-19 yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). 

“KKM telah menyaring seramai 1,397 penduduk di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul serta lebih 7,000 penduduk di Kubang Pasu dan Padang Terap,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kedah bercadang menamatkan PKPDB di empat mukim terjejas oleh Kluster Sivagangga lebih awal berikutan tiada lagi kes positif baharu dicatatkan.

Sementara itu, satu lagi kluster di Kedah iaitu Kluster Tawar yang tercetus akibat satu upacara keagamaan pula mencatatkan 65 kes positif setakat Ahad lepas.

Ismail Sabri berkata walaupun terdapat laporan beberapa kes positif di empat daerah termasuk Baling dan Sik di Kedah melibatkan Kluster Tawar, kerajaan atas nasihat KKM memutuskan PKPDB tidak perlu dilaksanakan. 

“Bagaimanapun, kawalan secara bersasar akan dikenakan. Walaupun tidak tutup seluruh kampung atau daerah seperti dicadangkan, kita lakukan kawalan pergerakan secara bersasar. Sebagai contoh ada murid sekolah terlibat, jadi kita tutup sekolah itu dan buat saringan kepada pelajar sekolah,” katanya.

Pada sidang media sama, Ismail Sabri berkata bagi tempoh 24 Julai hingga 24 Ogos, seramai 16,651 individu kembali ke Malaysia melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,689 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 67 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di seluruh negara,” katanya, menambah 56 lagi telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Bagi tempoh sama seramai 8,906 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang ke rumah, katanya. – BERNAMA

Tags: KedahPerlisPKPDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Nora Anne Minta Polis Periksa 3 Rumah

Next Post

Tak Wajib Bawa Sejadah, Warga Asing Dibenar Ke Masjid, Surau

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

26/09/2024
0

Alor Setar : Bilangan mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 1,567 mangsa daripada 472 keluarga yang ditempatkan di 18...

Next Post

Tak Wajib Bawa Sejadah, Warga Asing Dibenar Ke Masjid, Surau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd