• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerkasaan Agenda Bumiputera Perlu Inisiatif Berani, Radikal

oleh
10/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan telah mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang bertujuan menjadi platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi bumiputera dan akan dipengerusikan Perdana Menteri.

“Pewujudan MKB ini adalah sebahagian kerangka intervensi strategik untuk memandu dan mempercepat pemerkasaan ekonomi bumiputera melalui usaha peningkatan kapasiti dan keupayaan merentas pelbagai program, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat.

Selain itu, Mustapa berkata hasil dapatan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS & BA) 2019 menunjukkan bumiputera masih ketinggalan dari segi pendapatan, pemilikan kekayaan dan taraf sosioekonomi.

Justeru, usaha pemerkasaan agenda bumiputera perlu digembleng supaya lonjakan berganda mampu mengubah landskap ekonomi bumiputera.

“Penyertaan bumiputera dalam industri strategik yang berimpak tinggi dan berpotensi serta mempunyai nilai ditambah tinggi juga akan dipertingkatkan.

“Secara keseluruhannya, penekanan utama kerajaan dalam pemerkasaan bumiputera akan diterjemahkan melalui penggubalan dasar, strategi dan inisiatif yang akan digarap secara terperinci melalui penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) 2021-2025 yang akan dibentangkan awal tahun depan,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Mustapa berkata kerajaan sedar terdapat implikasi dasar dan kewangan.

Beliau berkata sehubungan itu kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri mempunyai tempoh lima bulan untuk mengkaji semula dasar dan menilai implikasi kewangan serta mengenal pasti kumpulan sasar masing-masing yang melibatkan program dan projek berkaitan pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan rakyat.

Seperti yang diumumkan Jabatan Perangkaan pada 10 Julai, 2020 nilai purata PGK di peringkat nasional adalah RM2,208 bagi saiz isi rumah 3.9 orang, katanya.

“Penentuan sama ada isi rumah dikategorikan sebagai miskin atau tidak adalah bergantung kepada jumlah pendapatan bagi keseluruhan ahli isi rumahnya yang menerima pendapatan dalam sesuatu tempoh rujukan.

“Berdasarkan kepada Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, setiap isi rumah mempunyai nilai PGK tersendiri yang ditentukan berdasarkan umur ahli isi rumah, komposisi jantina, bilangan ahli isi rumah, lokasi dan harga item,” katanya.

Beliau berkata PGK memang tersedia mengikut wilayah, negeri dan strata.

Berdasarkan penemuan Pendapatan Isi Rumah 2019, insiden kemiskinan di kawasan bandar merekodkan peratusan sebanyak 3.8 peratus berbanding kawasan luar bandar iaitu 12.4 peratus, katanya. – BERNAMA

Tags: bumiputeraEkonomiMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd