• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sedia Guna Lambang Dacing Di PRN Sabah

oleh
28/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – PAS bersedia menggunakan lambang parti Barisan Nasional (BN) iaitu dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS terbuka dengan sebarang keputusan yang dicapai oleh rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) sekiranya mereka memutuskan untuk menggunakan logo BN.

“PAS tiada masalah guna simbol BN. PAS boleh guna simbol BN di Sabah. Kalau keputusan menggunakan simbol masing-masing, guna simbol masing-masing kerana saya difahamkan ada parti di Sabah yang nak buat simbolnya sendiri. Terpulang.. kita tak ada masalah.

“Kita nak guna simbol masing-masing pun boleh, kita terbuka. Nak guna simbol PN pun boleh, belum ada tapi sudah ada cadangan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan BN yang akan menggunakan lambang parti itu kerana pengundi sudah terbiasa dengannya, sebagaimana yang diumumkan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah itu menjelaskan, biro politik dan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat sudah memaklumkan kepada parti-parti rakan komponen PN bahawa calon BN akan menggunakan lambang dacing.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, ia bukanlah kali pertama parti itu menggunakan lambang lain kerana Pas pernah berbuat demikian pada tahun 1974, ketika PAS masih berada dalam BN.

Sementara itu, ditanya perkembangan PRN Sabah, beliau menjelaskan, PAS mempunyai pengalaman dan pernah bertanding di Sabah.

“Adapun kita nak bertanding banyak mana, bergantung hasil perbincangan antara PN,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionaldacingPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd