• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantau Barangan Keperluan Asas 4 Mukim Di Kedah

oleh
06/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau barangan keperluan asas di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di Kedah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan tidak timbul isu kekurangan barangan keperluan khususnya makanan di kawasan berkenaan.

“Kalau ada isu bekalan makanan habis, saya akan maklumkan kepada KPDNHEP tambah barangan keperluan,” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan di Bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas laporan media bahawa penduduk tempatan mengeluh akibat kekurangan bekalan makanan seperti roti apabila permintaan barangan itu meningkat sejak PKPD secara pentadbiran dikuatkuasakan Isnin lepas susulan peningkatan kes COVID-19 yang berpunca daripada kluster PUI Sivagangga.

Menurutnya, penduduk masih boleh bergerak untuk keluar bekerja dan membeli barangan keperluan asas memandangkan kedai runcit dan restoran dibenarkan beroperasi seperti biasa.

“Apabila telah dilakukan ujian calitan, mereka juga boleh keluar daripada perkampungan mereka yang dikenakan PKPD pentadbiran. Mereka bebas, bukan seperti PKPD dahulu, mereka langsung tidak boleh keluar dari rumah masing-masing,” jelasnya.

Mengenai laporan berhubung keadaan di beberapa hotel yang dijadikan pusat kuarantin didakwa menyediakan sajian makanan kurang memuaskan, Ismail Sabri berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengambil tindakan lanjut mengenai perkara itu.

“Menu makanan yang diadukan tidak bermutu dan sebagainya itu juga telah ditukar,” katanya. – BERNAMA

Tags: barangan keperluan asasCovid-19Kedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd