Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Seorang Nelayan Dikhuatiri Hilang...

MELAKA - Seorang nelayan dikhuatiri hilang setelah jatuh ke dalam laut di perairan...

PAC Bentang Laporan Kolej...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah mendapatkan penjelasan daripada...

Polis Tahan 6 Suspek...

MIRI - Polis menahan enam suspek berkaitan pembunuhan Setiausaha PKR Cawangan Miri, Allahyarham...

Penjawat Awam P.Pinang Dapat...

GEORGETOWN - Penjawat awam dalam perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang akan menerima bonus...

Muhyiddin Umum Status PKPP Minggu Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan tamat 31 Ogos ini, pada minggu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan mengumumkan sama ada PKPP disambung atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen, hari ini.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan Covid-19 di negara ini terkawal.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, mengulas mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang ingkar arahan kuarantin selepas pulang dari Turki, Ismail Sabri berkata, perkara itu diserahkan kepada polis untuk disiasat. 

“Prosedurnya ialah KKM sudah mengenakan kompaun maksimum RM1,000, selebihnya untuk dibawa ke mahkamah, polis akan buka kertas siasatan dan dibawa kepada peguam negara.


“Peguam negara akan buat keputusan perlu dihadapkan ke mahkamah atau tidak,” katanya.

Isu kegagalan Mohd Khairuddin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi individu pulang dari luar negara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Dewan Rakyat dan menjadi perhatian pelbagai pihak. 

KKM dalam satu kenyataan media selepas itu berkata, kementerian sudah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lalu atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilapor mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu. – BERNAMA

Kategori