• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Makcik Gelang Pink’ Dijel Sehari, Denda RM8,000

oleh
14/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘MAKCIK gelang pink’ dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah.

Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh boleh dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Nur Emah didakwa tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan Pemerhatian di Hanaz Cafe pada 8 pagi 6 Julai 2020.

Tindakan tertuduh itu didapati melanggar perintah itu di bawah Subseksyen 15.(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diarahkan oleh Pegawai Diberi Kuasa Syarifudin Abu Bakar bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor, 5.30 petang 4 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 22.(b), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 24.(a) Akta yang sama dengan hukuman dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Ahmad Fakurazi ketika prosiding meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Manakala, dalam rayuan Nur Emah ketika prosiding berkenaan, dia memohon agar mahkamah mengurangkan denda memandangkan ia adalah kesalahan pertama yang dilakukan.

Katanya, selain itu suaminya sudah meninggal dunia dan kini menanggung tiga anak selain tahap kesihatannya yang juga tidak sihat.

Mengikut fakta kes, Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerima aduan berhubung gambar tular di media sosial menunjukkan wanita memakai gelang perintah pengawasan di rumah tidak berada di alamat yang diperintahkan dan didapati keluar makan di restoran di Meru Raya.

Hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta mendapati tertuduh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula 4 sehingga 18 Julai. – myMetro Online

Tags: Covid-19gelang pink
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd