• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Sudah Cuba Hantar 33 SD” – Jeffrey Kitingan

oleh
07/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyifatkan kenyataan Istana Negeri menafikan pernah menerima 33 akaun bersumpah (SD) sebelum menandatangani pengisytiharan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah palsu.

Beliau yang mewakili 33 ADUN memihak kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata, perkara terbabit seharusnya difahami dan dikendalikan dengan mudah oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Pendirian kami mudah. Sekarang perkara ini sudah dibawa ke mahkamah dan beliau (Juhar) yang juga bekas peguam seharusnya lebih arif untuk mengulas isu ini yang kini sudah menjadi ‘sub-judice’.

“Saya rasa mereka berharap rakyat Sabah bodoh untuk memahami peristiwa yang menyebabkan pembubaran DUN Sabah berlaku tanpa sebab yang sahih dan tidak masuk akal.

“Adakah mereka juga mengharapkan pertemuan antara Juhar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Nardin dan yang lain pada pagi 29 Julai lalu bagi memaklumkan kesediaan Musa untuk membawa 33 SD serta permintaan Juhar untuk melihat salinan asli SD itu tidak berlaku?

“Atau mungkin mereka juga mahu rakyat Sabah percaya sidang media yang diadakan Musa dan ADUN lain yang menyokong beliau pada petang 29 Julai yang disiarkan di semua saluran media adalah tidak penting?” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam kenyataan media itu, terbabit beliau turut memperincikan kronologi selepas pertemuan itu yang mana Juhar mencadangkan kepada ADUN Balung, Datuk Osman Jamal untuk membawa SD asli pada keesokan harinya.

“Tuan Yang Terutama memaklumkan waktu (cadangan perjumpaan) pada petang 29 Julai lalu sudah agak lewat dan mencadangkan supaya Osman yang mewakili 33 ADUN untuk membawa SD itu pada keesokan harinya.

“Kemudian, Osman ke Istana Negeri bagi tujuan perjumpaan yang dijadualkan pada jam 9 pagi, 30 Julai untuk menyampaikan SD kepada beliau secara rasmi menerusi setiausaha sulit seperti yang dipersetujui pada malam sebelumnya. 

“Adakah kebetulan pula Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertemu Tuan Yang Terutama bagi memohon pembubaran DUN (kerana menyedari beliau sudah kehilangan pemerintahannya) beberapa minit sebelum ketibaan Osman yang mewakili 33 ADUN untuk mengemukakan SD asli?

“Saya juga merasakan Abinan mahu rakyat Sabah percaya bahawa ia adalah satu amalan baik di bawah Perlembagaan Negeri Sabah yang mana Tuan Yang Terutama menerima kunjungan Shafie pada lewat malam 29 Julai itu.

“Kemudian memberi Shafie perkara lain pada keesokan harinya tepat sebelum temujanji yang dijadualkan untuk bertemu Osman dan akhirnya memberikan persetujuannya untuk membubarkan DUN tanpa mempertimbangkan hak perlembagaan dan kedudukan 33 ADUN,” katanya.

Jeffrey berkata, Juhar seharusnya mencontohi tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara awal tahun lalu.

“Sekurang-kurangnya, Tuan Yang Terutama seharusnya menemubual 33 ADUN ini dan menghilangkan segala keraguan menerusinya jika ada sebarang unsur ugutan.

“Beliau juga seharusnya memberikan kami, 33 ADUN budi bicara seperti yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong kepada 222 Ahli Parlimen semasa perebutan kuasa oleh Pakatan Harapan pada Mac lalu,” katanya.

Semalam, media melaporkan Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri Sabah, Abinan Asli mendedahkan Istana Negeri tidak menerima 33 SD dan permohonan dari Musa untuk berjumpa dengannya pada hari DUN Sabah dibubarkan. – myMetro Online

Tags: ADUN SabahPRN Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd