• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akar Umbi UMNO Kurang Setuju Bersatu Sertai Muafakat Nasional

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – UMNO menerima maklum balas kurang baik daripada ahli akar umbi berhubung persetujuan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Biro Politik UMNO secepat mungkin sebelum dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO.

“Bila sudah dibincangkan dalam Majlis Tertinggi UMNO, ia jadi keputusan parti. Jadi, biar parti buat keputusan.

“Tapi akar umbi punya pandangan perlu diambil berat kerana jika tiada akar umbi, tiadalah ‘pokoknya’,” katanya ketika ditemui pada Program Merdeka@Komuniti Peringkat daerah Seremban di Dewan Eco Park Rantau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Jawatankuasa Muafakat Nasional tidak boleh memutuskan perkara itu kerana ia berhubung parti dengan parti.

“Macam dulu juga nak tubuhkan Muafakat Nasional, parti kena buat keputusan kerana ia berhubung parti dengan parti. Itu sepatutnya. Ini bukan komuniti Muafakat Nasional.

“Saya tak tahu pasal PAS… Tapi UMNO kita perlu bawa pada parti untuk diputuskan. Kalau parti cakap okay…okaylah. Kalau tak, kita kena tengok semula,” katanya.

Sabtu lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendukung PN sebagai gabungan besar atau ‘the grand coalition’. – Sinar Harian

Tags: BERSATUmuafakat nasionalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd