• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

101 Projek RM6.61 Bilion Secara Rundingan Terus Dilulus PH

oleh
24/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pentadbiran negara ketika diterajui Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan lalu, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika mendedahkan perkara itu berkata, perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

Beliau berkata, antaranya merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera.

“Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan sedia ada dan yang baharu diperoleh.

“Satu punca bekalan atau perkhidmatan, iaitu pengeluaran produk hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber saja, keselamatan strategi babitkan perolehan demi keselamatan, kontrak daripada Bumiputera yang penuhi syarat kelayakan.

“Dalam perkara ini, kementerian perlu kemukakan permohonan perolehan secara rundingan terus berdasarkan kriteria berkaitan kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan sebelum perolehan dapat dilaksanakan sebagai langkah kawalan,” katanya.

Pendedahan itu timbul selepas Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun mencelah ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19 2020), di Dewan Rakyat, hari ini.

Butiran berhubung rundingan secara terus yang dilakukan pentadbiran PH, selepas peralihan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu menyebabkan suasana persidangan dewan bertukar kecoh, selain beberapa Ahli Parlimen mendesak supaya senarai projek berkenaan dibentangkan untuk penelitian lanjut. – BH Online

Tags: pakatan harapanrundingan terus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd