• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Lagi Kluster Baharu Dikesan, Kuala Muda Di Kedah

oleh
14/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu lagi kluster baharu dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah, melibatkan seorang anggota polis lelaki warga tempatan, sebagai kes pertama kluster (kes ke-9114).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-9147) adalah merupakan rakan kerja kepada kes indeks, manakala punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 dan kes dikesan positif pada 14 Ogos 2020. Sehingga 14 Ogos 2020, 124 kontak rapat beliau telah disaring,” katanya dalam kenyataan akhbar perkembangan COVID-19 hari ini.

Daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif, lima negatif manakala 117 masih menunggu keputusan, katanya yang turut memaklumkan kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia.

Jelasnya, pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan sanitasi telah dijalankan di lokasi yang dikenal pasti.

Sementara itu, beliau memaklumkan terdapat 11 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu 10 kes di Kedah dan satu kes di Pulau Pinang (iaitu kes ke-9,149).

Beliau memaklumkan kes ke-9,129 daripada kluster ini yang dilaporkan semalam, telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang daripada sebuah pusat perubatan swasta, namun kes ini kekal didaftarkan sebagai kes di negeri Kedah.

“Sehingga 14 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 261 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 21 kes dikesan positif COVID-19,” katanya.

Jelasnya, bagi pecahan saringan mengikut negeri, di Kedah sebanyak 156 individu telah disaring, 20 kes positif, 77 individu negatif dan 59 individu masih menunggu keputusan, manakala di Pulau Pinang sebanyak 105 telah disaring, satu dikesan positif, 75 individu negatif; dan 29 individu masih menunggu keputusan.

Dr Noor Hisham berkata, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini, serta situasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Tags: Covid-19Kedahkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd