Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

32 Sekolah Agama Terima...

KUCHING - Sebanyak 32 sekolah agama di Sarawak menerima peruntukan berjumlah RM9.36 juta...

BJP Pilih Pemimpin Dalit...

NEW DELHI - Parti Bharatiya Janata (BJP) memilih pemimpin Dalit berusia 71 tahun...

Ibu Kejam, Kurung Anak...

APA la dosa budak ini sehingga dibunuh oleh ibunya? Yonatan Daniel Aguilar yang...

Jemaah Perlu Bersabar Dugaan...

MAKKAH - Jemaah haji perlu menerapkan nilai kesabaran yang tinggi terhadap segala bentuk...

Vaksin COVID-19 Dibotolkan 2 Syarikat Tempatan

KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja vaksin COVID-19 dihasilkan dan keputusan pembelian dibuat Kementerian Kesihatan, kemudahan pengeluaran milik dua syarikat farmaseutikal tempatan akan digunakan bagi pembotolan vaksin itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju kemudahan dua syarikat itu digunakan kerana ia nanti akan mempercepatkan proses penyampaian vaksin Covid-19 kepada rakyat.

Dua kemudahan pengeluaran yang dikatakan itu adalah masing-masing milik Duopharma Biotech Bhd dan Pharmaniaga, katanya.

“Kita akan beli (vaksin) daripada pembuat vaksin luar negara sama ada negara China, US (Amerika Syarikat) atau UK (United Kingdom) …kita akan beli secara pukal, bawa balik ke Malaysia dan kita akan botolkan.

“…sekiranya kita nak tunggu prosesfill and finish (pembotolan) di luar negara, ia akan mengambil masa yang lama, jadi ini sahaja pilihan yang ada,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau terdahulu menghadiri mesyuarat kedua Majlis Sains Negara yang dipengerusikan Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Khairy berkata kemudahan pengeluaran di dua syarikat itu mempunyai kapasiti untuk menjalankan proses berkenaan dan beliau sendiri telah melawat kedua-duanya.


“Kedua-duanya adalah syarikat yang telah diberikan akreditasi untuk membuat pembotolan di Malaysia. Kemudahan pembotolan Duopharma masih tidak digunakan tetapi kemudahan Pharmaniaga sedang digunakan, tetapi mereka memberitahu kami yang mereka bersedia memberi keutamaan kepada vaksin COVID-19 apabila sudah ada nanti.

“Sekiranya vaksin ini selari dengan kilang yang kita ada …maksudnya kilang kita boleh buat pembotolan vaksin inactivated, jadi kalau vaksin yang berjaya (dihasilkan) itu adalah vaksin inactivated, kita boleh buat fill and finish di sini tanpa pelaburan besar,” katanya.

Khairy berkata kerajaan juga bersedia untuk menawarkan kemudahan berkenaan untuk digunakan negara-negara lain.

“Sebagai contoh kita akan bekerjasama dengan Correlation of Epidemic Preparedness and Innovation untuk menawarkan kemudahan fill and finish kita kepada negara lain yang tidak mempunyai kemudahan itu apabila kita sudah selesai melakukan pembotolan untuk rakyat kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori