Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Najib Kembali Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR - Prosiding pendengaran larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit...

PRN Sarawak: Ceramah Umum...

KUCHING - Ceramah umum kali pertama anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan...

Budak 6 Tahun Dibunuh...

MEXICO - Kematian seorang budak lelaki berusia enam tahun, Christopher Raymundo Marquez, telah...

Reaksi Rakyat Malaysia Melihat...

KITA kerap mendengar seruan demi seruan daripada para pemimpin supaya sentiasa menghormati Jalur...

Usul Tukar Speaker Dewan Rakyat Ikut Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata usul itu tidak cacat dan diterima oleh Mohamad Ariff sendiri pada 29 Jun lalu, mencakupi tempoh 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

“Saya ingin memaklumkan usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Parlimen.

“Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya.

“Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan berhubung usul supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. – BH Online

Kategori