• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPSMI Tak Akan Diperkenalkan Semula

oleh
17/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) di Dewan Rakyat yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan alasan untuk memperkenalkan semula PPSMI dan penambahbaikan yang akan dibuat untuk mengatasi kelemahan terdahulu.

Kepada soalan lain, Radzi berkata keputusan Jemaah Menteri sebelum ini berkenaan tiga muka surat pengenalan Jawi dalam sukatan buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil adalah dikekalkan.

Jemaah Menteri juga memutuskan agar pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK dan sekolah mubaligh bantuan kerajaan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid, katanya.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut), Radzi berkata kementerian memperuntukkan RM57.88 juta untuk perolehan peralatan, bahan keselamatan dan kebersihan yang mencukupi bagi kegunaan sekolah dalam mengawal penularan COVID-19.

Radzi berkata peruntukan itu telah disalurkan kepada jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah.

“Namun, kementerian bersedia untuk menyediakan peruntukan sekiranya terdapat keperluan tambahan bagi tujuan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian PendidikanPPSMI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd