• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkenal Undi Berasaskan Parti, Bukan Calon

oleh
22/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar sistem pilihan raya baharu berbentuk sistem senarai parti diperkenalkan di negara ini bagi menangani masalah lompat parti dalam kalangan wakil rakyat yang dipilih. 

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) berkata menerusi kaedah itu, pemilihan dibuat berdasarkan parti, bukan calon yang dipertandingkan oleh parti seperti amalan sekarang. 

Menerusi sistem senarai parti ini, pengundi hanya perlu memilih parti di dalam kertas undi dan parti yang menang pada pilihan raya itu akan menentukan wakil rakyat yang akan mengisi kerusi tersebut, katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. 

Menurutnya, jika wakil rakyat yang dipilih memutuskan untuk keluar parti, kerusi tersebut masih kekal di tangan parti yang memenangi pilihan raya.

“(Sebagai contoh) bila saya keluar daripada Barisan Nasional, maka parti saya boleh pilih orang lain pula untuk jadi ahli Parlimen, jika ini kita lakukan tak berbangkit soal (lompat parti).

“Jika kita pinda akta sebegini, bukan sahaja kita boleh halang daripada runtuhnya sesebuah kerajaan, (tetapi) kita juga boleh banteras rasuah, kerana (jika bertanding individu), wakil rakyat boleh cari duit dan terbuka untuk dirasuah (jika berlaku krisis),” katanya. – BERNAMA

Tags: Lompat PartiParlimenPilihan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd