• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Adakan Pertemuan Dengan Ahli Parlimen PN

oleh
29/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengadakan perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen hari ini.

Difahamkan perjumpaan yang berlangsung kira-kira sejam itu diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui mengesahkan mengenai perjumpaan tersebut.

Beliau memberitahu, pelbagai perkara dibincangkan dalam perjumpaan tersebut.

Ahmad Maslan bagaimanapun enggan memperincikan lebih lanjut mengenai perkara yang dibincangkan itu.

“Kami bincang macam-macam, tapi satu pun tak boleh bagitahu media,” katanya.

Ditanya lebih lanjut sama ada pertemuan itu turut membincangkan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ahmad enggan mengulas lanjut.

“Macam-macam (dibincangkan),” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah. – Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenMuhyiddin Yassinperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd