• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Sharim Janji Beri Khidmat Terbaik

oleh
06/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zin yang memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini tekad memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata, pengalaman enam tahun bersama Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun yang menjadi wakil rakyat selama empat penggal di DUN Chini banyak membantunya dalam meneruskan legasi itu.

Katanya, selain itu, sokongan padu daripada semua pihak terutama Barisan Nasional (BN) dan PAS juga memberi semangat dan inspirasi kepadanya untuk bertugas dengan cemerlang.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi BN Pahang kerana memberi kata-kata semangat dan mahu saya berkhidmat dengan cemerlang seperti yang dilakukan Allahyarham.

“Sebagai wakil rakyat yang baharu, saya akan melakukan yang terbaik kepada penduduk DUN Chini yang memilih saya sebagai wakil mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang mengharapkan Mohd Sharim dapat meneruskan legasi perkhidmatan Allahyarham Abu Bakar.

Beliau mendoakan Mohd Sharim dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Mohd Sharim berkata, misi utamanya ialah untuk menambah baik daripada segi perkhidmatan yang lebih kepada kepada mendekati rakyat.

Katanya, hubungan mesra antara generasi pertama, kedua dan ketiga akan menjadi perhatian selain memberi penekanan dalam soal pembangunan dan ekonomi.

“Sebagai wakil rakyat baharu, saya akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik sebaik menerima aduan dan soal kebajikan menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini yang diadakan kelmarin, Mohd Sharim menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh 13,872 undi.

Pencabarnya dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, mendapat 137 undi, sekali gus hilang deposit masing-masing.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Abu Bakar, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas, 7 Mei lalu. – myMetro Online

Tags: ADUN ChiniBarisan NasionalMohd Sharim Md Zain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd