• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Gambar Individu Langgar Perintah Kuarantin Tular

oleh
22/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Orang ramai dan warga maya sekali lagi menjadi gusar apabila tular gambar seorang lelaki dilihat melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah dengan berada di sebuah restoran di Sungai Udang di sini, pagi tadi.

Tinjauan Bernama di premis itu mendapati beberapa anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang telah mengambil keterangan daripada pekerja restoran berkenaan.

Menurut pekerja restoran itu, Mohamad Khaled Habib, 47, beliau telah melarang lelaki yang jelas dilihat memakai gelang tangan merah jambu tag kuarantin COVID-19 untuk berada di situ, namun lelaki itu enggan beredar.

“Saya sudah larang dia duduk di sini tetapi dia tidak mahu ikut cakap saya. Dia kata sedang tunggu rakan untuk bawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

“Lelaki itu beritahu dia tiba di Malaysia 14 hari lepas dari India untuk bekerja di restoran ini dan hari ini adalah hari terakhir dia perlu dikuarantin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Kata Mohamad Khaled lagi, lelaki berkenaan berada di restoran tersebut kira-kira 10 minit sebelum beredar bersama rakannya menuju ke HTAR.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli mengesahkan foto tular itu dan berkata siasatan mendapati lelaki berumur 55 tahun dan beralamat di Setapak, Kuala Lumpur itu sepatutnya menjalani tempoh kuarantin di rumah bermula 9 Julai hingga esok selepas tiba dari India.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kehadiran lelaki bergelang tangan merah jambu tag kuarantin COVID-19 di restoran berkenaan namun setibanya anggota di situ, orang dalam pengawasan (PUS) itu telah beredar.

Katanya siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan telah menjalani ujian saringan COVID-19 kedua di Klinik Kesihatan Botanik, Klang dan disahkan negatif wabak berkenaan.

Shamsul Amar berkata buat masa ini, polis mengarahkan premis makanan itu ditutup sementara untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Covid-19kuarantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd