• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Kes Baharu Covid-19 Kluster Novgorod

oleh
14/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA lagi kes positif Covid-19 dikesan dalam kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Novgorod, hari ini, menjadikan keseluruhan lima kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes adalah kontak rapat kepada kes indeks kluster berkenaan dan satu lagi kes baharu yang dilaporkan hari ini.

“Satu kes kontak rapat kepada kes ke-8,673 yang dikesan hasil siasatan lanjut dijalankan kepada kes positif Covid-19 sedia ada.

“Satu lagi kes pula adalah kes baharu yang dilaporkan iaitu kes import dari Russia (kes ke-8,727).

“Beliau tiba di Malaysia pada 13 Julai dan dikesan positif semasa ujian RTK-Antigen di pintu masuk antarabangsa. Beliau kemudiannya diasingkan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan. Didapati beliau juga kontak rapat kes ke-8,673 dan kes ke-8,718 di Novgorod, Russia,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 22 orang disaring termasuk lima kes positif dalam kluster itu.

Katanya, semua 17 kontak rapat setakat ini juga sudah disampel dan dikesan negatif Covid-19.

“Daripada jumlah kontak rapat ini, 13 orang dikenal pasti dari pesawat yang dinaiki dan empat orang ahli keluarga kepada kes ke-8,718 dan kes ke-8,724.

“Tiga kes positif sedang dirawat di HSB dan dua kes positif dirawat di Hospital Melaka. Satu daripada kes di Melaka itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dan aktiviti pengesanan kontak rapat kes positif baharu dalam kluster itu diteruskan termasuk kontak terdekat di dalam pesawat.

Menurutnya, arahan aktiviti nyahkuman dan pembersihan kapal terbang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada syarikat penerbangan semalam, dan anak kapal yang berurusan dengan kes positif juga dimaklumkan supaya menjalani saringan kesihatan. – myMetro Online

Tags: Covid-19klusternovgorod
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd