• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Indonesia Positif COVID-19 Menghilangkan Diri

oleh
18/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua lelaki warga Indonesia yang disahkan positif COVID-19 menghilangkan diri rumah kongsi tapak pembinaan di Petra Jaya, sejak petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, berkata dua warga asing itu dikesan positif selepas mereka membuat ujian saringan COVID-19 untuk permohonan permit kerja, kelmarin.

Bagaimanapun, ketika pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pergi ke rumah kongsi berkenaan selepas keputusan ujian diperoleh petang semalam, kedua-dua warga Indonesia itu didapati tiada di situ.

“Hingga kenyataan ini disediakan, polis masih berusaha mengesan kedua-dua warga asing itu.

“Kepada pihak majikan, JPBN menggesa mereka supaya berwaspada dan membuat laporan kepada polis sekiranya mendapati dua orang pekerja (dari luar) cuba menyembunyikan diri di tempat mereka,” katanya dalam kenyataan.

Dua warga Indonesia itu antara penyumbang kepada empat kes positif COVID-19 baharu di negeri ini, hari ini.

Dua lagi kes membabitkan rakyat tempatan di Kuching dengan seorang daripadanya lelaki berusia 33 tahun yang bekerja di sebuah syarikat pengurusan acara swasta.

Lelaki terbabit membuat saringan ujian COVID-19 di hospital swasta kerana ingin mengetahui status jangkitan terhadap dirinya.

Kes kedua pula membabitkan seorang wanita warga emas berusia 71 tahun yang dikesan positif ketika menjalani ujian COVID-19 sebagai saringan sebelum pembedahan mata.

Pengesanan kontak kepada kedua-dua kes rakyat tempatan itu dan punca jangkitan masih dalam siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Berikutan empat kes baharu yang dilaporkan hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak kini meningkat kepada 565 orang. – BH Online

Tags: Covid-19sarawakwarga indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd