• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Ada Kes COVID-19 Boleh Diarah Tutup

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekolah yang ada merekodkan kes positif COVID-19 dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan boleh diarah tutup, kata Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata tindakan itu merupakan antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan penularan wabak itu dalam komuniti dapat dikawal.

“Kalau ada kes positif, kita akan bawa pesakit ke hospital untuk rawatan dan kontak rapat juga akan disaring sama ada di sekolah atau rumah. Saya percaya kalau berlaku di sekolah, ia akan ditutup buat sementara waktu,” katanya.

Azmi berkata demikian kepada media selepas meluangkan masa hampir sejam bagi meninjau perjalanan dan pematuhan SOP sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11 (1), di sini, hari ini.

Sesi persekolahan melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara, dimulakan semula hari ini.

Sebelum ini, sesi persekolahan ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Azmi berkata KKM akan menyemak semula SOP yang dipraktikkan sepanjang tiga hari pertama persekolahan yang bermula hari ini.

“Jadi Sabtu, Ahad adalah tempoh untuk kita lihat kembali SOP yang digunakan ini ‘okay’ atau tidak ataupun perlu pertingkatkan. Jika semuanya lancar, kementerian akan memutuskan bagaimana  pelajar lain boleh kembali ke sekolah,” katanya.

Bagi memastikan sekolah mematuhi SOP, beliau berkata KKM bersama Kementerian Pendidikan dan pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan termasuk pemeriksaan mengejut.

Mengenai pelaksanaan SOP di SMK Putrajaya Presint 11 (1) itu, Azmi berkata ia dilaksanakan dengan baik termasuk pengambilan suhu dan sanitasi, laluan jalan, susunan meja dalam kelas, pengendalian waktu rehat dan kaedah prapesanan makanan. – BERNAMA

Tags: Covid-19Sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd