• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundian Awal PRK DUN Chini Hari Ini

oleh
30/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Bilik Maklumat Balai Polis Chini dekat sini dibuka pada jam 8 pagi ini bagi membolehkan 18 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka.

Pusat pengundian awal itu dibuka selama empat jam sehingga 12 tengah hari.

Sepanjang proses mengundi awal itu, pematuhan kepada garis panduan pencegahan koronavirus (Covid-19) berkuat kuasa seperti jarakan sosial, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman dan sarung tangan serta saringan suhu badan.

Proses itu akan disaksikan ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain turut disiarkan secara langsung atau ‘live streaming’ menerusi Facebook SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, Sabtu ini (4 Julai) di pusat pengiraan undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64 dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis.

Pemilih terdiri daripada 10,269 lelaki dan 10,721 perempuan.

DUN Chini, yang merupakan satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas. – BERNAMA

Tags: pengundian awalPRK ChiniSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd