• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: EU Belanja AS$2.7 Bilion Beli Vaksin

oleh Cj Mnh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS – Suruhanjaya Eropah menerima mandat bagi melakukan rundingan pembelian awal vaksin COVID-19, menurut Pesuruhjaya Kesihatan Kesatuan Eropah (EU), Stella Kyriakides.

Kyriakides berkata, pemimpin EU memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada suruhanjaya bagi menggunakan dana kecemasan berjumlah AS$2.7 bilion (RM11.53 bilion) untuk membeli vaksin yang sedang dibangunkan itu.

Beliau berkata, eksekutif EU sudah melakukan perbincangan bagi melakukan pembelian awal vaksin berkenaan dengan beberapa syarikat farmaseutikal namun enggan mendedahkan nama syarikat terbabit.

Ditanya sama ada EU perlu menyediakan dana tambahan bagi tujuan itu, Kyriakides berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini.

Berdasarkan pelan pembelian awal itu, EU bersedia dan menyatakan komitmen untuk membeli vaksin walaupun ia belum disiapkan, sekali gus mengambil risiko sekiranya vaksin itu tidak berjaya.

Difahamkan, EU akan menggunakan dana terbabit bagi melakukan pembelian awal enam jenis vaksin dengan setiap satu daripadanya bernilai lebih AS$1.2 bilion (RM5.12 bilion) iaitu harga yang dibayar Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan vaksin dibangunkan syarikat British, AstraZeneca.

Kesatuan itu sanggup mengambil risiko terbabit supaya tidak ketinggalan berbanding China dan AS.

AstraZeneca, France’s Sanofi, dan syarikat berpangkalan di AS, Pfizer, Novavax, Johnson & Johnson serta Moderna antara syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, pegawai EU dilaporkan berkata kesatuan itu tidak akan membeli vaksin yang dibangunkan di AS kerana bimbang kelewatan penghantaran bekalan itu ke Eropah. – AGENSI

Tags: Covid-19Vaksin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd